KuliahTube - Islamic Lectures & Videos
Welcome
Login / Register

Ma'ahad Tahfiz & Pusat Tarbiyah Anak Yatim Darul Pekima

Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang mengunjungi Ma’ahad Tahfiz & Pusat Tarbiyah Anak Yatim Darul Pekima malam tadi dan para penyumbang yang di Rahmati Allah S.W.T

Bersyukur kepada Allah S.W.T dengan rahmat, taufiq dan hidayahNya dapat kita meneruskan kerja-kerja kebajikan dalam memperkukukan iman dan taqwa kita kepada Nya serta mencari keredhaan Nya untuk di jadikan bekalan di kemudian hari. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta Ahli keluarganya, para sahabat dan para tabiin dan kepada mereka yang mengikuti jejak mereka semua.

Mari la kita memperbanyakan amalan sedekah jariah yang dimana ia dapat membentuk peribadi yang mulia dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah S.W.T Sedekah adalah ungkapan kejujuran (shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah S.W.T menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam Surah Al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud :

 وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰ (١)وَٱلنَّہَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ (٢)وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣)إِنَّ سَعۡيَكُمۡ لَشَتَّىٰ (٤)فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥)وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦)فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧)وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ (٨)وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٩)فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar."

Maksud Firman-Nya:

" Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki dan perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan ( pembayarannya) kepada mereka; dan bagi meraka pahala yang baik " ( Al Hadid : 18 )

Maksud hadis tentang amalan yang akan dibawa oleh kita semua :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Apabila seorang manusia mati putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Riwayat - imam Ahmad).

Sumbangan / Wakaf / Infaq / Zakat / Fidyah untuk membiayai Ma’ahad Tahfiz dan Pusat Tarbiyah Anak Yatim Darul Pekima

Muslimin dan muslimat adalah dipelawa bersama-sama beramal jariah dengan membeli wakaf atau membuat sumbangan derma ikhlas wang ringgit kepada Ma’ahad Tahfiz dan Pusat Tarbiyah Anak Yatim Darul Pekima yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM 8 ribu sebulan. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk berikut: 

  1. Sumbangan wang mengikut kadar yang ingin di sumbangkan.

  2. Sumbangan dalam bentuk membeli barang-barang keperluan Ma’ahad, membayar Zakat, Fidyah, memberi Infaq dan juga Wakaf.

Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk cek / wang pos atau wang tunai yang dimasukkan terus ke dalam akaun Mudir Ma’ahad atas nama Alisaufy B. Mi @ Rasemi

No akaun Maybank: 154071042892

Dengan sumbangan yang diberikan, semoga mendapat ganjaran yang setimpal oleh Allah dan didoakan semoga berolehi keberkatan di dunia dan akhirat. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Ali : 010- 532 4491 / 013-690 4129

Alamat Ma’ahad Tahfiz dan Pusat Tarbiyah Anak Yatim Darul Pekima: No. 29, Jalan Selasih U12/26D, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 Shah Alam

Commenting disabled.

Related Articles

RSS