KuliahTube - Islamic Lectures & Videos
Welcome
Login / Register

Search Results: anak-anak-yatim


  • Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri - Infaq Ramadhan Al-Mubarak 1435H

     
     
     

    Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang mengunjungi website Rumah Anak Yatim/MiskinTaman Baiduri dan para penyumbangan yang di Rahmati Allah swt..

    Bersyukur kepada Allah s.w.t dengan rahmat taufiq dan hidayahNya dapat kita meneruskan kerja - kerja kebajikan dalam memperkukukan iman dan taqwa kita kepada Nya serta mencari keradhaan Nya untuk di jadikan bekalan di kemudian hari. Solawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta Ahli keluarganya, para sahabat-sahabat dan para-para tabiin-tabiin dan kepada mereka yang mengikuti jejak mereka semua.

    Mari la kita memperbanyakan amalan sedekah jariah yang dimana ia dapat membentuk peribadi yang mulia dan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t . Sedekah adalah ungkapan kejujuran (shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah s.w.t. menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam surah al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud :

     

    وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَىٰ (١)وَٱلنَّہَارِ إِذَا تَجَلَّىٰ (٢)وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣)إِنَّ سَعۡيَكُمۡ لَشَتَّىٰ (٤)فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ (٥)وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٦)فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡيُسۡرَىٰ (٧)وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ (٨)وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ (٩)فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

    "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar."

    Maksud Firman-Nya:

    " Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki dan perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan ( pembayarannya) kepada mereka; dan bagi meraka pahala yang baik " ( Al Hadid : 18 )

    Maksud hadis tentang amalan yang akan dibawa oleh kita semua :

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Riwayat - imam Ahmad).

     

    SUMBANGAN  ATAU  WAKAF UNTUK MEMBIAYAI DANA PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS KEBAJIKAN RAUDHATUL BAIDURI SELANGOR


    Muslimin dan muslimat adalah dipelawa bersama-sama beramal jariah dengan membeli wakaf atau membuat sumbangan derma ikhlas wang ringgit kepada TABUNG PEMBANGUNAN KOMPLEK KEBAJIKAN RAUDHATUL BAIDURI SELANGOR yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM 1.7 Juta. Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk berikut 
    1. Sumbangan wang mengikut kadar yang ingin di sumbangkan.
    2. Sumbangan dalam bentuk membeli dan mewakafkan ruang lantai pada harga RM 50.00 sekaki persegi (k/p)
    Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk cek / wang pos atas nama TABUNG PEMBANGUNAN KOMPLEKS KEBAJIKAN RAUDHATUL BAIDURI SELANGOR atau wang tunai yang dimasukkan terus ke dalam akaun kami atas nama TABUNG PEMBANGUNAN KOMPLEKS KEBAJIKAN RAUDHATUL BAIDURI SELANGOR No akaun CIMB Bank: 1256-00004-97-108.
     
    Dengan sumbangan yang diberikan, semoga mendapat ganjaran yang setimpal oleh Allah dan didoakan semoga berolehi keberkatan di dunia dan akhirat.Download Borang disini. Dan sebarang bentuk pertanyaan boleh hubungi En. Izaha (012-3103632) / ustaz helmi (012-5774873) / pejabat Urusan: (03 -  87688507) Website: http://www.raymtamanbaiduri.com/

     

    Read more »
RSS